A176696 BLOGGER
MENGAPA BERSENAM ITU PERLU? Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Senaman memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan kita. Kita disarankan melakukan 30 minit exercise setiap hari. Contoh senaman ringkas selama 3 minit Antara salah cara untuk menjaga kesihatan ialah dengan bersenam. Semua orang tahu perkara ini, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sedar dan mengambil tahu serta menjadikannya sebagai satu aktiviti yang wajib dilakukan?. Ramai pakar perubatan menyatakan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan untuk merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang dihidapi. Teori yang senang sekiranya badan kita dalam keadaan baik dan sihat, agaklah susah untuk penyakit menyerang. semakin kita berusia semakin banyak risiko...